Saturday 15 November 2014

PUDING RAJA

Wah Puding Raja..nyummyyy!!!


Selamat mlm uolls..Sebelum tidor saya nak share satu resepi PUDING RAJA  dengan korang tau..puding raja ni saya sendiri tak pernah mkn tau haha..cuma suka suki kongsi resepi.
Agak-agaknya korang pernah makan tak? Hmm... kalau tk pernah makan cer cuba buat...huhu..

Nah ni resepi korang cubalah...

Bahan-bahan:
20 biji pisang lemak manis
Minyak masak


 Nilah gambar pisang emas kalau korang tak tau ye..


Bahan sos (kastard)
1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat
1 biji kuning telur
2 sudu teh gula (jika mahu)

Bahan untuk hiasan: 
Jala emas
Kacang gajus 
Buah prun





Cara membuat:
1) Goreng pisang lemak manis sehingga kuning keperangan. Jangan gunakan tepung dan pastikan ia tidak terlalu garing.
2) Sambil menggoreng, anda boleh mula membuat sos (kastard). Mula-mula, masukkan susu cair. Masak dengan api yang kecil.
3) Kemudian, masukkan susu pekat.
4) Setelah itu, masukkan pula kuning telur.
5) Kacau sos sehingga mendidih dan pekat.
6) Setelah masak, biarkan sos sejuk sendiri. 
7) Akhir sekali, letakkan beberapa pisang lemak manis yang telah digoreng lalu tuang sedikit sos di atasnya.
8) Hiaskan dengan jala emas, kacang gajus dan buah prun.


Selamat mencuba!

#Saya pengedar sah Shaklee
#0192151977 sms/whatsap
# Area Bandar Bukit Raja, Bandar Baru Klang, Klang utama,
   Setia Alam dan kawasan Sekitarnya.

Korang jgk blh jenguk2 FB saya..
https://www.facebook.com/kamilai.muda


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...