Thursday 6 November 2014

Corat Coret Kehidupan..

Assalamualaikum..
Suasana sejuk mlm ni.Hujan telah membasahi bumi.Alhamdulillah!

😊Corat Coret Kehidupan




Hidup ini bagaikan roda
Berpusing dan berputar-putar
Kadang di atas dan kadang kita di bawah.

Apabila berada di atas ramai yang menyanjung
Bila tiba di bawah ramai yang menjauhkan diri
Semua akan hilang di mata...
Inilah lumrah kehidupan.

Ketika senang ramai yang mengelilingi dan mendekati
Bila susah ramai yang mula menghilang
Kalau adapun hanya tinggal seorang dua sahaja.

Orang yang biasa susah sudah lali
Kerana terbiasa dengan cacian, makian dan penghinaan
Namun mereka yang menghina tidak sedar
Mungkin mereka juga akan berada di bawah suatu ketika nanti
Kerana semuanya ketentuan Allah.

Esok, lusa, tulat...
Tiada siapa yang tahu
Apa yang akan terjadi pada diri kita.

Dan di sini lah bagi orang yang bertaqwa
Mereka selalu mensyukuri nikmat dan rezeki
yang diberikan Allah kepada mereka.

Saya adalah 
PENGEDAR SHAKLEE YG SAH.
Cover Area Klang, Bandar Bukit Raja dan Sekitarnya.
ID868402
No tepon ambe 0192151977 
FB Mila Muda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...